
DDLC-Malay Translation Patch
A downloadable translation
Cover Page sementara ill come back to this when i get better
Doki Doki Literature Club! versi terjemahan bahasa Melayu.
Ini merupakan projek terjemahan peminat tidak rasmi dan tidak mempunyai kaitan dengan Team Salvato. Permainan asal boleh didapati di https://ddlc.moe
Hai awak, Monika di sini...!
Selamat datang ke Kelab Sastera! Memang impian saya untuk jadikan sastera ni sesuatu yang menarik dan istimewa. Sekarang bila awak dah jadi ahli kelab ni, awak bolehlah tunaikan impian saya di dalam permainan comel ni!
Setiap hari dipenuhi dengan borak-borak dan aktiviti-aktiviti seronok yang awak boleh buat bersama ahli-ahli kelab saya yang comel dan unik:
Sayori, sang mentari yang ceria menyinari dan menghangatkan;
Natsuki, penampilannya yang serba comel, tapi tak padan dengan anginnya tau;
Yuri, si ulat buku yang pendiam dan penuh misteri;
....Dan, sudah tentu, Monika, ketua kelab ni! Saya lah tu!
Saya dah tak sabar nak tengok awak buat kawan dengan semua orang dan membantu Kelab Sastera saya ni jadi tempat yang selesa untuk setiap ahlinya. Tapi saya dah boleh agak lah yang awak ni memang orang yang baik hati kan?—boleh tak awak janji untuk luangkan masa dengan saya terutamanya? ♥
Tentang Terjemahan Ini
Di sini mengandungi patch terjemahan tidak rasmi atau versi peminat bagi permainan Doki Doki Literature Club! oleh Team Salvato. Hanya projek santai bagi mengisi masa lapang. Terjemahan menggunakan bahasa Melayu yang agak kasual dan mungkin sedikit cringy pada sesetengah orang. Beberapa dialog dan kandungan telah diubah suai atau ditukar sedikit untuk mengadaptasi atau menyesuaikan dengan kebiasaan dan pemahaman penutur bahasa Melayu khususnya dari Malaysia. — karubi
100% terjemahan manusia
Muat Turun
1. Pastikan anda telah mempunyai Doki Doki Literature Club! yang asal. Disarankan untuk menggunakan salinan baharu (fresh copy) yang baru di muat turun. Anda boleh memuat turun di laman web di atas untuk mendapatkan salinan baharu permainan asal. Tidak digalakkan untuk menggunakan versi yang dimuat turun di Steam.
2. Muat turun patch terjemahan yang tersedia di bawah.
3. Keluarkan (Extract) fail dari .zip dan salin semua kandungan yang ada di dalam fail.
4. Tampal fail-fail yang disalin ke dalam folder permainan DDLC yang anda mahu gunakan. (ke dalam autorun bagi Mac). Klik ya untuk menggantikan fail sedia ada (replace existing file) apabila ditanya.
5. Buka fail .exe dan main :)
Amaran
Permainan ini tidak sesuai dimainkan oleh kanak-kanak atau sesiapa yang mudah terganggu mindanya. Permainan ini mengandungi penggunaan kata-kata kasar atau carutan. Selain itu, terdapat beberapa adegan yang kurang sesuai untuk tontonan kanak-kanak dan unsur-unsur seperti unsur seksual (tiada gambaran secara langsung), kekerasan, buli, masalah kesihatan mental dan sebagainya ada di dalam permainan ini. Sesiapa yang mudah terkesan atau kurang senang dengan topik-topik tersebut juga dinasihatkan untuk tidak bermain permainan ini.
| Status | Released |
| Category | Game mod |
| Author | Team Sea Slug |
| Content | No generative AI was used |
Download
Click download now to get access to the following files:










